“Walaupun saya jahil tapi masih ingat Tuhan dan hormat hukum Islam. Saya dah cukup cantik, tak perlu bedah” – Ani Mayuni

Ani Mayuni

Ani Mayuni

Penyanyi dangdut Ani Mayuni akui tidak terbuka hati untuk menjalani pembedahan kosmetik sebaliknya hanya mengamalkan jamu untuk mengekalkan kecantikannya.

“Alhamdulillah, tidak terfikir lagi nak lakukan pembedahan atau suntikan kecantikan untuk nampak cantik.

“Walaupun saya ini jahil tapi saya masih ingat tuhan, takut mati dan hormat hukum-hukum Islam. Rasanya dah cukup cantik dan saya selesa dengan kecantikan asli saya.

“Lagipun saya lebih suka cantik cara tradisional dengan mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat.

“Saya sendiri boleh rasa perubahan, badan jadi lebih segar dan ringan. Saya juga lebih aktif dan tidak cepat penat walaupun sibuk dengan kerja.

“Kadang-kadang kalau ada masa, saya akan buat jamu saya sendiri,” katanya.

Ani ditemui selepas majlis previu Ramadan Citarasa Pantai Timur bertempat di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Ani bakal mengadakan persembahan sepanjang Ramadan di hotel berkenaan.

Ani juga turut digandingkan bersama hos selebriti, Kelly Azman.

Teks oleh: Mya Amri

Loading...

Leave a Reply