Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz digantung satu perlawanan dan denda RM3000

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Muhamad Nazmi Faiz Mansor menjadi pemain terbaru digantung perlawanan gara-gara tindakan kasar melakukan terjahan ke atas pemain lawan pada aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Pahang di Larkin Ahad lalu.

Baca: 

Aksi kurang ajar Nazmi Faiz tak mahu salam pemain Pahang selepas kalah

Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz digantung satu perlawanan dan denda RM3000

Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz digantung satu perlawanan dan denda RM3000

Selepas melakukan penilaian dan meneliti rakaman video secara terperinci, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati Nazmi bersalah di atas kesalahan itu dan digantung satu perlawanan serta denda RM3,000.

Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Baljit Singh Sidhu, hukuman penggantungan akan dilaksanakan pada perlawanan 74 Liga Super 2017 antara Melaka melawan Johor DT 6 Mei depan.

Sebelum ini Nazmi hanya diberikan amaran disebabkan tingkah laku tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan suku akhir kedua berkenaan.

Hukuman terbaru FAM itu menyusul sehari selepas empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras mengikut peruntukan dalam Artikel 81 badan induk itu.

Baljit berkata, pemain tengah Johor DT Afiq Fazail yang melakukan kesalahan ketika aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Pahang, Ahad lalu bakal terlepas aksi Liga Super bertemu Melaka, 6 Mei ini.

“Nasib sama turut menimpa pemain Pahang, Mohamadou Sumareh dengan dia bakal terlepas aksi separuh akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan 30 April ini,” katanya.

Tambah Baljit pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali yang sudah digantung automatik akibat menerima kad merah pada aksi bertemu T-Team, 15 April lalu dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan lagi.

“Dia akan menjalani penggantungan automatik lawan Perak malam esok dan dia juga tidak boleh beraksi ketika Kedah menentang PKNS FC pada 9 Mei,” katanya.

Jelasnya, Jawatankuasa Tatatertib FAM turut memutuskan pemain T-Team, Mohd Fakhrurazi Musa digantung dua perlawanan bermula menentang Selangor malam ini dan Perak (6 Mei) akibat mengumpul tiga kad kuning.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply