Komplot bom ke atas bas yang bawa pasukan bola punya pasal, Islam pula yang disalahkan

Polis Jerman menahan seorang lelaki pada pagi Jumaat selepas disyaki terlibat dalam kes serangan bom ke atas bas yang membawa pasukan bola sepak Borussia Dortmund pada Selasa lalu.

Komplot bom ke atas bas yang bawa pasukan bola punya pasal, Islam pula yang disalahkan

Komplot bom ke atas bas yang bawa pasukan bola punya pasal, Islam pula yang disalahkan

Berdasarkan penahanan lelaki kelahiran Rusia yang miliki kerakyatan Jerman itu, pihak berkuasa mendapati serangan itu bermotifkan wang dan keuntungan saham.

Dalam insiden tersebut, bas pasukan gergasi bola sepak Jerman itu menjadi sasaran tiga serangan bom selepas meninggalkan sebuah hotel menuju ke Westfalenstadion untuk saingan suku akhir Liga Juara-Juara menentang AS Monaco.

Pemain pertahanan, Marc Bartra dan seorang anggota polis cedera dalam kejadian itu yang menyaksikan perlawanan terbabit ditangguh sehari kemudian.

 

Penyiasat polis menemukan sepucuk surat di lokasi kejadian yang mendakwa insiden itu merupakan perbuatan kumpulan ektremis Islam tetapi pihak berkuasa meragui kesahihan nota itu.

Awal pagi Jumaat, polis mengesahkan penahanan lelaki bernama Sergej W di kawasan Teubingen kira-kira 30 kilometer dari bandar Stuttgart dan 450 kilometer di selatan Dortmund.

Suspek didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, mencetuskan letupan dan menyebabkan kecederaan pada orang lain.

Selepas mengenepikan kaitan dengan ektremis Islam, pihak pendakwa raya mendapati lelaki berkenaan melancarkan serangan itu dengan harapan mendapat keuntungan dengan nilai saham kelab Borussia Dortmund yang turun mendadak akibat serangan tersebut.

“Nilai saham akan turun dengan mendadak jika pemain cedera atau terbunuh dalam kejadian terbabit,” jelas pihak pendakwa raya seperti dilaporkan portal The Independent.

Selain itu, pihak berkuasa mengesahkan lelaki berkenaan tinggal di hotel yang sama dengan pemain Dortmund dan meletakkan tiga bahan letupan di laluan bas terbabit.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply