“Kenapa nak malu pula? Saya bangga” – Azza Elite digelar artis kampung kerana jual bedak sejuk

WALAUPUN sering menerima kutukan dan kecaman kerana jual bedak sejuk, bekas anggota kumpuan Elite, Azza memberitahu dia anggap ia sebahagian asam garam dunia perniagaan.

Jual Bedak Sejuk, Azza Elite Digelar 'Artis Kampung'

Menurut Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, 39, dia tidak malu apabila ada pihak yang menggelarnya ‘artis kampung’ kerana menjual produk yang dikategorikan sebagai produk industri kecil dan sederhana (IKS).

“Kenapa nak malu pula? Saya bangga kerana dapat mengeluarkan produk dengan label sendiri.

“Dengan hasil jualan bedak sejuk ini jugalah saya dapat mengembangkan lagi perniagaan termasuk lah pakaian dengan jenama saya sendiri,” kata Azza kepada mStar Online.

 

“Kenapa nak malu pula? Saya bangga" - Azza Elite digelar artis kampung kerana jual bedak sejuk

“Kenapa nak malu pula? Saya bangga” – Azza Elite digelar artis kampung kerana jual bedak sejuk

AZZA DAN STOKISNYA. – FOTO MSTAR ONLINE

Tambah Azza, walaupun bedak sejuk keluarannya itu sudah berada di pasaran sejak empat tahun lalu, dia masih menerima teguran sinis yang mempertikaikan perniagaannya itu.

“Ada juga orang tanya, kenapa jual bedak sejuk. Tak ada standard mereka kata.

“Saya ambil semua itu dengan fikiran yang posotif dan ia membuatkan saya lebih kuat berusaha untuk memajukan perniagaan,” katanya.

Selain bedak sejuk Azza’s Cold Powder, Azza juga mengeluarkan Azza Elite Make Up Base dan pakaian muslimah dengan menggunakan label Precious Al Jannah by Azza Elite (PAJ By Azza Elite).

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Loading...

Leave a Reply