“Sorry on ur birthday kena jaga saya dkt hospital pulak” – Emma Maembong buat kejutan hari jadi Kamal Adli di hospital

KALAU beberapa minggu lalu, Kamal Adli mengadakan kejutan buat Emma Maembong dengan menempah satu hall di sebuah pawagam.

"Sorry on ur birthday kena jaga saya dkt hospital pulak" - Emma Maembong buat kejutan hari jadi Kamal Adli di hospital

“Sorry on ur birthday kena jaga saya dkt hospital pulak” – Emma Maembong buat kejutan hari jadi Kamal Adli di hospital

Nampaknya, kini giliran pelakon jelita itu pula membuat kejutan meraikan hari jadi kekasih hatinya.

Apa yang manisnya, Emma yang kini sedang dirawat di hospital tetap berusaha dan mengigihkan diri untuk membuat kejutan buat Kamal.

Menerusi kapsyen sambutan hari jadi itu, Emma turut memaklumkan Kamal tidak cukup tidur kerana terpaksa menjaganya di hospital.

 

Emma Gigih Buat Kejutan Birthday Kamal Di Hospital

“@Kamaladli sorry on your birthday kene jaga saya dekat hospital pulak. Nampak sangat muka tak cukup tidur. Walaupun tak berapa sihat gigih saya nak suprisekan awak dengan cake dan hadiah. Hope u like it,” tulisnya.

Selain menempah kek bercorak unik, Emma turut menghadiahkan Kamal sebuah kamera drone. Wah, nampaknya lepas ni bolehlah Kamal dan Emma merakam gambar swafoto dari udara.

Emma Gigih Buat Kejutan Birthday Kamal Di Hospital

Sementara itu, menerusi laman Instagram Kamal, aktor kacak itu turut berharap kekasihnya itu segera sihat.

Diharap semoga Emma cepat-cepat sembuh dan pasangan ini dapat segera disatukan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply