Ratu cantik dedah wajah lepas disimbah asid oleh bekas teman lelaki

Seorang ratu cantik dari Itali telah mendedahkan wajahnya di televisyen buat pertama kali setelah disimbah asid oleh bekas teman lelakinya.

 

 

Ratu cantik dedah wajah lepas disimbah asid oleh bekas teman lelaki

Ratu cantik dedah wajah lepas disimbah asid oleh bekas teman lelaki

Gessica Notaro, 27, telah ditemu bual menerusi satu program televisyen iaitu Canale 5’s Maurizio Costanzo.

Gessica yang juga bekerja di sebuah pusat akuarium di bandar Rimini bertemu dengan bekas kekasihnya sejak tiga tahun lalu dan mereka bekerja di tempat yang sama.

Dia dan bekas teman lelakinya, Tavares, telah berpisah pada Ogos 2016. Sejak itu, Tavares dikatakan cemburu dengan Gessica dan sering mengekorinya.

Menurut sumber, Tavares bertindak mencurah asid ke muka Gessica adalah kerana tidak puas hati dan cemburu dengan bekas teman wanitanya itu.

Turut berkongsi tentang kejadian malang yang menimpa dirinya itu, Gessica berkata dia masih dalam keadaan trauma sehingga takut untuk keluar rumah.

”Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.

”Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” kata Gessica yang berkongsi pengalaman ngerinya kepada penonton.

Finalis pertandingan Miss Italy 2007 itu kini dalam proses pemulihan wajah dan dia terpaksa membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk rawatan.

Setelah kejadian itu, kehidupan Gessica kini berubah seratus peratus kerana dia tidak lagi boleh melakukan segala aktiviti yang dilakukan sebelum ini termasuk pekerjaannya.



Sumber : Dailymail.co.uk
Olahan : Izzat Ridzwan

 

 

Via: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply