Geng perawan dan janda menyamar jururawat perdaya warga emas dicekup

Dua wanita yang dikenali sebagai ‘geng perawan n janda‘ di kalangan penduduk daerah ini yang menyamar sebagai jururawat untuk memperdaya mangsanya terutamanya warga emas akhirnya berjaya diberkas, pagi tadi.

Geng perawan dan janda menyamar jururawat perdaya warga emas dicekup

Geng perawan dan janda menyamar jururawat perdaya warga emas dicekup

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dua wanita berkenaan, sebelum ini berjaya memperdaya seorang wanita berusia 63 tahun di Parit Selamat, Yong Peng ditahan di Bandar Tenggara, Kulai.

Katanya, dua geng berkenaan yang dikenali sebagai Norita Asri, 35 dan Nur Asyikin Syakira Abdullah, 25, sebelum ini melakukan kegiatan menyamar dan memperdaya warga emas berkenaan sehingga kerugian puluhan ribu ringgit.

“Tangkapan adalah untuk siasatan bersabit ke mencuri seperti yang pernah dilaporkan pihak media sebelum ini.

“Dalam pada itu, kita masih lagi mengesan jika terdapatnya saki baki kumpulan ini dan kita akan menahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut,” katanya

Sumber: Sinar

 

Loading...

Leave a Reply