Berita terkahwin kembar sendiri disahkan palsu

Kisah mengenai sepasang suami isteri mengahwini kembarnya sendiri disahkan sebagai palsu.

Kisah yang pada mulanya disiarkan dalam laman web Mississippi Herald yang mendakwa sepasang suami isteri hanya menyedari mereka sebenarnya adalah kembar ketika menjalani ujian IVF bagi mendapatkan bayi.

Beberapa portal antarabangsa yang sebelum ini turut menyiarkan kisah pasangan ini, hari ini tampil membuat penafian akan kesahihan berita berkenaan dan ianya disahkan adalah palsu.

Sun Online melaporkan, laman web Mississippi Herald hanya didaftarkan pada bulan November dan berita berkenaan tidak disertakan nama wartawan malah laman berkenaan juga tidak mempunyai alamat fizikal atau butiran lengkap berkaitan.

 

Sun Online telah cuba untuk menghubungi laman web untuk mendapatkan penjelasan, namun masih tidak mendapatkan sebarang komen.

Kisah pasangan kahwini kembar sendiri di AS palsu

Sementara itu, Mirror.uk melaporkan, akhbar tempatan di Mississippi berkata, mereka tidak mendengar mana-mana penerbitan atau maklumat berkaitan kisah berkenaan dari sumber lain selain dari laman web berkenaan.

Baca artikel sebelum: Rupanya terkahwin kembar sendiri

“Tiada Mississippi Herald,” kata editor Mississippi Sun-Herald memberitahu Mirror Online.

“Editor web kami menyedari mengenai kisah pasangan tersebut dan hanya Mississippi Herald yang mempunyai sumber kepada berita ini.

“Jadi kami mengesyaki ianya adalah berita palsu,” katanya.

Walaupun laman web berkenaan kelihatan menyakikan dengan beberapa berita tempatan, namun tiada maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon dan alamat.

Semalam, beberapa portal antarabangsa menyiarkan kisah sepasang suami isteri mengetahui mereka sebenarnya adalah pasangan kembar selepas menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.

Adik-beradik itu terpisah sejak kecil lagi selepas ibu bapa kandung mereka meninggal dunia dan diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak mengetahui antara satu sama lain.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply