Video: Bayi 8 bulan miliki berat 17kg, habiskan 4 keping capati

PUNJAB – INDIA. Seorang bayi perempuan yang hanya berusia 8 bulan kini mencapai berat 17kg iaitu berat normal bagi kanak-kanak berusia 4 tahun.

Video: Bayi 8 bulan miliki berat 17kg, habiskan 4 keping capati

Video: Bayi 8 bulan miliki berat 17kg, habiskan 4 keping capati

Chahat Kumar makan seperti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan mula mengalami berat badan berlebihan ketika usianya mencapai empat bulan walaupun ketika dilahirkan, dia mempunyai berat badan normal.

Doktor keliru dengan selera makan kanak-kanak itu dan dia kini bergelut dengan kesukaran bernafas dan sering tidur akibat berat badannya yang berlebihan itu.

Bapanya, Suraj Kumar,23, berkata, ketika Chahat dilahirkan, dia mempunyai berat normal, kemudian secara perlahan-lahan kami melihat berat badanya semakin meningkat.

Beratnya bertambah hari ke hari.

“Ini bukan silap kami. Tuhan yang memberikan keadaannya seperti itu. Kuasa bukan ditangannya. Saya berasa teruk apabila ada yang mentertawakannya kerana gemuk,” katanya dipetik MailOnline.

Sementara itu, ibunya Reena,21, risau akan kesihatan anak perempuannya selepas dia hilang anak pertamanya sebelum ini.

“Sebelum Chahat, saya mempunyai seorang anak lelaki yang meninggal dunia sebelum melahirkan Chahat. Saya sangat risau akan kesihatannya.

“Dia tidak makan seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia sentiasa mahu makan dan jika tidak diberi makan kepadanya, dia akan menagis,” katanya.

Dalam pada itu, doktor keluarga, Vasudev Sharma mengesahkan, kegemukan yang dialami kanak-kanak itu menyukarkan mereka untuk mengambil sampel darah untuk menjalankan ujian.

“Ini adalah kes pertama yang saya lihat dimana berat badan kanak-kanak itu meningkat empat hingga lima bulan selepas dilahirkan.

“Ujian darah tidak dapat dijalankan kerana lemak yang banyak pada badannya dan menyebabkan ujian darah tidak dapat dilakukan dengan betul,” katanya.

 

 

Sumber: Sinar

 

Loading...

Leave a Reply