Terkenang Paul Walker, Vin Diesel Menangis Sewaktu Penggambaran Fast & Furious 8

Terkenang Paul Walker, Vin Diesel Menangis Sewaktu Penggambaran Fast & Furious 8

Pelakon Vin Diesel akui menangis sewaktu menjalani penggambaran sekuel Fast and Furious 8: Fate of The Furious kerana terkenangkan sahabat baiknya, Paul Walker.

Menurut Vin Diesel, 49, dia masih lagi sukar untuk melupakan mendiang sahabat baiknya itu ketika melakonkan babak-babak tertentu.

“Saya tak pernah melakukan babak aktiviti barbeku ketika dipenghujung cerita tanpa Paul Walker dan itu membuatkan saya berasa begitu sebak sehingga mengalirkan air mata.

“Setiap kali saya melakonkan babak tersebut, perkara pertama yang saya akan tanya adalah di mana Paul akan duduk? Di mana Brian akan duduk?.

“Apabila sedar aksi itu tidak lagi memerlukan pertanyaan tersebut, saya terus menangis dan terpaksa keluar daripada set penggambaran untuk menenangkan diri.

“Itulah satu-satunya masa yang saya rasa tidak cukup kuat untuk sembunyikan emosi saya terhadap Paul walker,” katanya.

Terdahulu, Paul Walker maut akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles pada tahun 2013.

Dilaporkan kereta yang dipandu oleh sahabat Paul walker itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Paul yang terkenal menerusi watak Brian O’Connor meninggal ditempat kejadian selepas kereta Porshe itu kemudiannya meletup dan terbakar ekoran perlanggaran tersebut.

Filem Fast and Furious 8: Fate of The Furious bakal menemui peminat di Malaysia pada 13 April ini.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply