Siti Nurhaliza cerita pengalaman di bilik bersalin saksikan kelahiran cucu

TAHNIAH diucapkan kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin yang juga merupakan selebriti Indonesia kerana selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.

Siti Nurhaliza cerita pengalaman di bilik bersalin saksikan kelahiran cucu

Siti Nurhaliza cerita pengalaman di bilik bersalin saksikan kelahiran cucu

Tya melahirkan bayi lelaki seberat 4 kg kira-kira jam 4.33 petang Jumaat di sebuah hospital swasta di Ampang dekat ibu negara.

Berita gembira itu dikongsi penyanyi nombor satu Malaysia, Siti menerusi laman Instagramnya.

Selain berkongsi khabar itu, Siti turut menceritakan pengalamannya menyaksikan kelahiran cucu tirinya itu.

 

Menurut Siti, ianya adalah satu pengalaman yang berharga dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Alhamdullillah , bertambah ahli keluarga kami.. Selamat hari kelahiran Arif Jiwa bin Muhammad Asyraf @asyrafkhalid .Tahniah ibu nya @tyaarifinnw.

“Pengalaman berada didalam bilik bersalin bersama sama Tya satu pengalaman berharga.. Perjuangan bertarung nyawa..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul …

“Walapun pasukan sorak ibu2 iaitu @teezac @komariaharifin @fitriarifinfw dan saya cuba sebaiknya memberi semangat tetapi heroin yang sebenarnya tetap si ibu yg hebat dengan kebijaksanaan Doktor serta Nurse yg bertugas.

“Alhamdullillah.. Kedua-duanya selamat dan pengalaman ini akan sentiasa saya ingat .. Besarnya pengorbanan seorang ibu dan Maha Besar NYA KekuasaanMU Ya Allah,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, menerusi Instagram Tya, pelakon itu mendedahkan nama anaknya itu ialah Ariff Jiwa.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Loading...

Leave a Reply