Tengah ngaji Al-Quran, tiba-tiba disamun dan diselak tudung

Sekumpulan wanita disamun, termasuk leher diacu parang dan tudung mereka diselak, ketika mengaji al-Quran di rumah ustazah mereka.

disamun dan diselak tudung

disamun dan diselak tudung

Dalam kejadian pagi semalam di Taman Seri Batang Kali, seorang melecet pergelangan tangan sewaktu gelangnya direntap, lapor Sinar Harian.

Jiran ustazah itu pula luka di jari, sehingga menerima sembilan jahitan, sewaktu menahan serangan parang penjenayah yang datang dengan tiga motosikal.

Lapan wanita itu, dalam lingkungan usia 50-an, diserang empat suspek ketika mengaji di ruang luar rumah kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Semua lelaki itu pakai topi keledar dan letak parang di leher kami,” kata seorang mangsa, Rohani Abdullah, 53.

“Mak cik lari sampai terjatuh di dapur…dia (suspek) selak tudung mak cik dan cakap…’kalau nak hidup, tak mahu mati, bagi barang kemas’,”

Norasiah Hassanuddin, 52, yang tidak sempat lari akibat tergamam diugut dengan parang di leher, mengalami kecederaan.

“Dia selak kain tudung dan rentap gelang di tangan dengan kasar sampai pergelangan tangan melecet,” katanya kepada akhbar itu.

Pintu rumah Noraini Mohamad Khairuddin, 55, jiran ustazah tersebut, pula ditendang sampai terbuka dan beliau ditarik keluar dengan diacu parang.

“Apabila dia macam nak tetak, mak cik tahan dengan tangan,” ceritanya.

“Itu yang luka di jari sampai kena sembilan jahitan tapi dia sempat rentap rantai kat leher mak cik.”

Anaknya Badrul Hisyam Alimin, 31, bergelut dengan penyamun demi menyelamatkan wanita tersebut tetapi tiga lagi suspek keluar dari rumah jiran.

Empat suspek lelaki itu melarikan diri dengan motosikal. Jumlah kerugian dianggarkan RM15,000, kata ketua polis daerah Supt. R Supramaniam.

 

Sumber; Projek MMO

Loading...

Leave a Reply