Selipar ada kalimah Asma’ al-Husna dirampas KDN

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan terdapat kalimah ALLAH pada selipar seperti dakwaan orang ramai sebelum ini.

Selipar ada kalimah Asma' al-Husna dirampas KDN

Selipar ada kalimah Asma’ al-Husna dirampas KDN

Pengerusinya, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kalimah YA HAYYUN YA QAYYUM jelas terdapat pada selipar tersebut.

“Adalah dimaklumkan setelah meneliti selipar berkenaan dan didapati benar ada tertulis kalimah suci daripada Asma’ al-Husna.

 

“Sehubungan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan.

Terdahulu, heboh di laman sosial apabila pengguna mendapati tulisan pada selipar yang dibuat dari Thailand itu menyerupai kalimah ALLAH.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply