Kajian: Wanita lebih cenderung untuk curang berbanding lelaki

Selalunya berlaku curang atau bermain kayu tiga sering dikaitkan dengan lelaki. Kalau pasangan bercerai je, mula la cakap, “Mesti suami dia ada perempuan lain.”

Namun, berdasarkan kajian, wanita lebih cenderung untuk berlaku curang berbanding lelaki.

Lebih mengejutkan, hampir 100 peratus wanita yang curang berjaya menyembunyikan jejak mereka , manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka di ketahui pasangan masing-masing.

Kajian yang dilakukan oleh UndercoverLovers.com ke atas 3,000 individu yang sudagh berkahwin mendapati, 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengakui kecurangan mereka tidak diketahui.

Wanita juga dilihat lebih bijak berbohong berbanding dengan lelaki. Bukan itu sahaja, wanita mampu berlaku curang dalam jangka masa lama tanpa ditangkap.

Pakar psikologi dari University of Manchaster Metropolitan, Dr David Holmes berpendapat, wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.

Jelasnya lagi, wanita bijak menipu kerana mereka akan merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif.

Tapi, tak semua wanita bersikap curang. Cuma mereka sangat bijak sembunyikan kecurangan.

 

Sumber: Hanasuva

Loading...

Leave a Reply