Annuar Musa hulur KAFA RM2 juta bayar gaji pemain

Tan Sri Annuar Musa akan memberi RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membantu menyelesaikan tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW).

Beliau menerusi entri terbaharu Facebooknya sebentar tadi, berkata akan menyampaikan dana itu kepada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar, esok.

“Saya difahamkan KAFA lewat membayar gaji kerana terdapat penaja yang lambat membuat bayaran.

“Pengurusan (KAFA) harus kuatkan usaha dan mengurus aliran tunai supaya moral pemain tidak terjejas.

“Esok jam 11.30 pagi, Insya-Allah saya akan sampaikan dana RM2 juta kepada bendahari KAFA,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berharap pemain bersabar dan terus memberi tumpuan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

“Saya berharap pemain dan pengurusan terus fokus menghadapi persaingan seterusnya,” katanya.

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply