“Saya diserbu media sampai tak sempat nak pasang zip lepas keluar tandas” – Nazri Aziz

Dek kerana menjadi ‘selebriti Parlimen’ Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohamed Nazri Aziz, sentiasa diburu media berhubung isu dialog antara beliau dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya diserbu media sampai tak sempat nak pasang zip lepas keluar tandas" - Nazri Aziz

“Saya diserbu media sampai tak sempat nak pasang zip lepas keluar tandas” – Nazri Aziz

Hinggakan tengah hari tadi, Mohamed Nazri berhadapan momen yang agak mencemaskan apabila beliau diserbu media selepas sahaja keluar daripada bilik air.

“Saya dapat terkejut dua kali… tadi pertama lepas saya jawab soalan saya keluar dari (dalam Dewan Rakyat) mereka (media) serbu saya, kedua saya keluar tandas belum nak pasang zip lagi mereka sudah serbu saya,” demikian kata Mohamed Nazri dalam nada berseloroh di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Terdahulu, Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menyatakan sokongan terhadap arahan Yang diPertua Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahukan media tidak lagi menunggu ahli parlimen di hadapan pintu masuk laluan ke Dewan Rakyat.

Berkuatkuasa serta merta media perlu menunggu di bilik khas yang disediakan iaitu di bilik media yang disediakan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Mohamed Nazri berkata, beliau menyokong cadangan itu rentetan daripada momen yang dialaminya namun akan mencadangkan sesuatu kepada Pandikar Amin.

“Yang diPertua saya hendak nyatakan sokongan saya kerana pasal tadilah, tapi saya nak cadangkan supaya disatu sudut di hujung lobi Parlimen dijadikan sebagai tempat sidang media,” katanya.

Terdahulu mengenai perkembangan diolag antara beliau dan Mahathir, Nazri menegaskan bahwa beliau tetap akan hadir pada 25 Mac ini seperti mana yang dijadualkan di Dewan Dato’ Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Sabtu ini.

“Saya akan tetap teruskan dan berharap agar Mahathir juga akan datang pada hari tersebut,” katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat hari ini.

Polis Perak dalam satu kenyataan hari ini menolak permohonan penganjur bagi mengadakan dialog di antara kedua-dua pemimpin itu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Menurut Hasnan, antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012.

Sumber: Sinar

 

Loading...

Leave a Reply