Marah ditegur jangan merokok dalam bas, lelaki tikam pemandu bas

Seorang lelaki ditahan kerana menikam pemandu bas yang melarangnya merokok dalam bas.

South China Morning Post melaporkan, menurut laporan thepaper.cn, dalam kejadian di wilayah Hubei, tengah China, Sabtu lalu, lelaki itu menyalakan rokok ketika bas hendak berhenti satu perhentian namun, pemandu bas menegurnya.

Lelaki itu kemudian pergi ke depan bas dan menikam pemandu berkenaan dengan pisau sebelum dia berlari turun dan hilang di celah orang ramai.

Pemandu bas berkenaan dihantar ke hospital namun keadaannya tidak membimbangkan.

Polis berjaya menahan lelaki itu semalam, ketika dia sedang bersarapan di satu gerai. Semakan mendapati dia mempunyai rekod jenayah dan pernah dipenjara beberapa kali kerana menyerang.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply