Throwback: Bintang AF1 Adakan Konsert Reunion 6 & 7 Mei Ini

PROGRAM Akademi Fantasia (AF) yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu bakal mengembalikan kembali memori buat kesemua bintang AF1 yang pernah membintangi rancangan popular itu 14 tahun lalu.

Throwback: Bintang AF1 Adakan Konsert Reunion 6 & 7 Mei Ini

Throwback: Bintang AF1 Adakan Konsert Reunion 6 & 7 Mei Ini

Untuk kesekian kalinya, kesemua 12 bintang AF1 bakal mengadakan konsert reunion pada 6 dan 7 Mei ini bertempat di Planet Comedy.

Hal itu diwar-warkan penyampai radio Adi Fashla menerusi laman Instagramnya.

Sementara itu, 11 bekas peserta AF1 sudah pun menjalani penggambaran bagi tujuan promosi konsert reunion tersebut.

 

Hanya kelibat juara AF1 iaitu Vince Chong yang tiada memandangkan dia mempunyai hal lain pada ketika itu.

Bintang AF1 Adakan Konsert Reunion 6 & 7 Mei Ini

Peminat AF1 pasti dah tak sabar-sabar nak tengok persembahan dorang kan since last tengok pun masa 14 tahun dulu.

Yang paling penting semua masih lagi ingat akan ungkapan emas Vince sebaik dia dinobatkan pemenang, iaitu, “tiada pengalah, semuanya pemenang”!

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply