Penganggur salahguna BR1M untuk beli pil kuda dicekup

Seorang penganggur dari Jelawat menyalahgunakan wang Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M) diterima untuk membeli pil kuda.

Penganggur salahguna BR1M untuk beli pil kuda dicekup

Penganggur salahguna BR1M untuk beli pil kuda dicekup

Suspek yang masih bujang berusia 24 tahun itu mengakui baru saja menerima BR1M dan menggunakannya untuk membeli pil kuda ketika ditahan pasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Bachok, Muhammad Rostam Mohd Aluwi berkata, suspek sebelum ini sudah tiga kali ditangkap namun masih belum serik.

“Malang sekali BR1M yang diberikan kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan disalahgunakan individu seperti ini. Suspek ditahan dan dihantar ke Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) Dengkil untuk menjalani proses pemulihan.

 

“Suspek adalah seorang daripada 17 yang disyaki penagih dadah ketika operasi dilakukan di sekitar Kampung Hujung Repek, Jelawat, Teluk Kemunting dan Tawang beberapa hari lalu.  

“Ujian saringan urin dilakukan terhadap semua suspek mendapati 11 daripada mereka positif dadah jenis methaphetamine atau pil kuda. Semua suspek ditahan berusia lingkungan 14 hingga 48 tahun,” katanya.

Beliau berkata, ketika operasi, seorang wanita bersama seorang remaja ditahan dalam sebuah rumah dan mereka juga didapati positif pil kuda.

Katanya, semua suspek ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah 1983.

“Enam suspek yang ditahan telah ditempatkan di CCRC Dengkil,” katanya.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply