“Tak sangka iman mereka hanya senipis kulit bawang” – Fazura dikecam kerana pertikai pengangguhan tayangan Beauty and the Beast

RATA-RATANYA ramai rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang penangguhan tayangan filem Disney terbaharu iaitu Beauty and the Beast. 

"Tak sangka iman mereka hanya senipis kulit bawang" - Fazura dikecam kerana pertikai pengangguhan tayangan Beauty and the Beast

“Tak sangka iman mereka hanya senipis kulit bawang” – Fazura dikecam kerana pertikai pengangguhan tayangan Beauty and the Beast

Isu penangguhan itu dikatakan disebabkan salah satu babak dalam filem itu yang mengandungi adegan homoseksual.

Namun, hari ini pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) sudah pun mengeluarkan kenyataan akan membenarkan tayangan filem itu di sini namun akan melakukan sedikit potongan dalam filem tersebut.

Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan bila tarikh baharu filem itu akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

 Isu ini bukan sahaja menarik perhatian netizen, sebaliknya ia turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air, Nur Fazura.

Fazura yang mungkin sedikit kecewa dengan isu penangguhan itu ada memuat naik twit di laman mikro Twitter, menulis; “Tayangan Beauty & The Beast dibatalkan hanya kerana? Haih… Saya tak sangka iman mereka senipis kulit bawang.”

Fazura Dikecam Kerana Twit 'Iman Senipis Kulit Bawang'

Ingatkan ramai la sokong twit Fazura tu, rupa-rupanya ia hanya memakan diri aktres cantik itu sendiri.

Masakan tidak, kebanyakan netizen mengambil peluang di atas twit tersebut untuk ‘membahan’ kembali Fazura.

Antaranya, FadQuadra menulis, “Saya harap Malaysia banned awak menyanyi. Sebab iman saya senipis kulit bawang, asyik termaki je.”

“Gegendang telinga saya senipis kulit bawang bila dengar awak menyanyi,” tulis Pot2yed2 pula.

Kudinkun pula menyifatkan Fazura perlu mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mahu mempertikaikan tahap keimanan orang lain.

Ayat ‘iman senipis kulit bawang’ juga merupakan antara dialog popular yang diungkapkan pelakon berusia 34 tahun itu ketika membintangi filem terbitan Red Communications iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia, lakonannya bersama Shaheizy Sam.

Fazura Dikecam Kerana Twit 'Iman Senipis Kulit Bawang'

Fazura Dikecam Kerana Twit 'Iman Senipis Kulit Bawang'

Fazura Dikecam Kerana Twit 'Iman Senipis Kulit Bawang'

 

 

 

Sumber: Mynewshub

Loading...

Latest Comments

  1. Abdul Rahman Jaludin March 15, 2017

Leave a Reply