Suami Beri Isteri Kain Kafan Sebagai Wang Hantaran

Nak buat majlis perkahwinan memang memerlukan wang yang banyak. Lebih-lebih lagi kalau impikan majlis mewah.

Suami Beri Isteri Kain Kafan Sebagai Wang Hantaran

Suami Beri Isteri Kain Kafan Sebagai Wang Hantaran

Tapi sebenarnya nak kahwin tak semestinya memakan belanja besar. Kisah yang ingin kami kongsikan kali ini boleh dijadikan contoh buat semua bakal pengantin.

 

Apa yang membuatkan kisah pernikahan mereka menjadi viral adalah kerana mas kahwin yang diberikan bukanlah emas, sejadah, songkok atau telekung, tetapi hanya kain kafan.

Kisah pasangan Indra dan Ariyati menjadi bualan di media sosial. Kedua-dua pasangan suami isteri itu berkahwin di Bekasi, Jawab Barat, minggu lalu.

Rata-rata netizen tertanya-tanya mengapa pasangan tersebut memilih kain kafan sebagai mas kahwin.

 

Dalam satu rancangan temubual di sana, pasangan tersebut memberitahu, mereka bukannya tidak mampu untuk sediakan wang hantaran, tapi mereka sentiasa mahu ingat tentang kematian.

Sumber: Hanasuva

Loading...

Leave a Reply