Muat Naik Kapsyen Rumah 8 Bilik Kurang Selesa Dan Kecil – Datuk Aliff Syukri Dituduh Riak Oleh Netizen

Datuk Aliff Syukri bukanlah satu nama yang perlu diperkenal lagi kepada rakyat Malaysia, slogan terlajak laris beliau sering menjadi bualan ramai. Umum mengetahui, Aliff sudah menjualkan rumah banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara kepada pengasas kosmetik, Nur Sajat dengan nilai RM 11 juta.

Sementara menunggu rumah agamnya yang memakan belanja  RM 20 juta berkonsepkan istana British siap sepenuhnya, Aliff kini menetap di rumah sementaranya yang berkonsepkan ala kampung.

Awal pagi tadi, Aliff ada memuat naik foto rumah ala kampungnya itu di Instagram beserta kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Dalam kapsyen tersebut, ia menunjukkan Aliff merasa kurang selesa menetap di rumah berkenaan yang mempunyai 8 buah bilik.

Muat Naik Kapsyen Rumah 8 Bilik Kurang Selesa Dan Kecil – Datuk Aliff Syukri Dituduh Riak Oleh Netizen

Muat Naik Kapsyen Rumah 8 Bilik Kurang Selesa Dan Kecil – Datuk Aliff Syukri Dituduh Riak Oleh Netizen

Rata-rata netizen yang membaca kapsyen tersebut menganggap Aliff riak kerana tidak bersyukur dengan apa yang beliau ada sekarang. Iyalah, zaman sekarang ramai rakyat yang hidup susah dan ada yang tidak mempunyai tempat berteduh.

Berikut antara komen netizen :-

Kami tidak mahu komen lebih mengenai isu ini. Mungkin, Aliff patut fikir sebelum memuat naik kapsyen tersebut kerana ia mengundang pelbagai kritikan daripada mereka yang membacanya.

Sumber: Beautifulnara

Loading...

Leave a Reply