Isu perebutan tanah pusaka antara balu arwah dan pihak masjid: AJK masjid dakwa arwah ada buat wasiat walaupun tidak bertulis

Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Beladau Kolam, menolak dakwaan kononnya pihak masjid mengambil alih tanah pusaka keluarga milik bekas imam masjid yang kini telah meninggal dunia untuk dijadikan kawasan parkir, sebaliknya masih dibiarkan kosong dan berpagar.

Isu perebutan tanah pusaka antara balu arwah dan pihak masjid: AJK masjid dakwa arwah ada buat wasiat walaupun tidak bertulis

Isu perebutan tanah pusaka antara balu arwah dan pihak masjid: AJK masjid dakwa arwah ada buat wasiat walaupun tidak bertulis

Baca: 

Pengerusinya, Wan Sagar Wan Embong berkata, beliau yang bertanggungjawab sebagai setiausaha masjid ketika hayat Allahyarham telah dimaklumkan supaya tanah itu diwakafkan sebagai tapak perkuburan dan menyerahkan semua urusan berkaitan tanah itu kepada pihak masjid.

Katanya, tanah itu adalah tanah pusaka milik keluarga Allahyarham dan sebelum Allahyarham meninggal dunia lagi ia telah diwasiatkan supaya dijadikan tanah kubur oleh keluarganya.

 

“Tanah berhampiran kawasan masjid ini (Lot 11478) sebenarnya bukan atas seorang tuan sahaja. Ada dua nama dan dua bahagian. Iaitu milik Allahyarham dan abangnya.

“Ketika Allahyarham masih hidup, beliau telah memaklumkan bahawa bahagian miliknya diwakafkan sebagai tanah kubur.

“Ketika itu, beliau juga mengarahkan saya mendapatkan peruntukan untuk membina pagar dan dijadikan pagar masjid, saya telah menghubungi abang Allahyarham yang kini juga telah meninggal dunia untuk memaklumkan perkara itu, namun, tidak mendapat persetujuannya. Jadi, pembinaan pagar masjid terpaksa ditangguhkan pada waktu itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, menurut Wan Sagar, sebelum meninggal dunia, abang Allahyarham telah menghubungi beliau memberitahu telah bersetuju mewakafkan tanah bahagiannya untuk kubur dan bersetuju memperuntukkan RM20,000 untuk pembinaan pagar masjid.

“Persetujuan itu juga diwasiatkan kepada anaknya dan anaknya sendiri telah menyerahkan wang tunai RM20,000 daripada ayahnya kepada saya. Jadi, hasil sumbangan Allahyarham berserta ahli jemaah masjid, kita berjaya bina pasar masjid dengan nilai RM30,000 seperti yang ada sekarang,” katanya.

Wan Sagar berkata, walaupun tiada surat wasiat daripada bekas imam masjid ketika itu untuk dijadikan tanah kubur, pihaknya telah membuat surat hitam putih dan bersedia jika dipanggil pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berhubung perkara itu.

“Memang arwah tiada tinggalkan wasiat bertulis, tetapi kita ada ramai saksi dalam hal ini. Sebagaimana dakwaan kita menjadikan kawasan tanah pusaka itu sebagai kawasan parkir kereta itu tidak benar kerana tanah itu masih kosong dan masih juga berpagar.

“Kita juga larang sekiranya ada pihak menceroboh tanah pusaka itu tanpa kebenaran. Memang kita sediakan untuk tanah kubur dan kita tak guna tanah itu sewenang-wenangnya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.

“Kita akan teliti perkara dibangkitkan ini dan akan membawa kepada Maidam untuk tindakan lanjut. Kita juga akan panggil pihak berkaitan seperti AJK masjid dan pengadu.

“Perkara ini mungkin ambil sedikit masa untuk diselesaikan kerana memerlukan penjelasan semua pihak,” katanya.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply