Video: Cikgu Perlekeh Impian Aku – Pemuda Confess Kisah Pahit Zaman Sekolah

Sejak semalam lagi, video yang telah dimuat naik oleh pemuda bernama Akeem ini telah menjadi viral di laman sosial media terutamanya Twitter.

Video tersebut menunjukkan seorang rakannya yang bernama Fadzreen Iqmal sedang meluahkan perasaan. Fadzreen menceritakan pengalaman pahit yang beliau telah lalui sewaktu beliau berumur 11 tahun di sekolah yang begitu terkesan sekali. Sampai sekarang dia tak boleh lupa.

Video: Cikgu Perlekeh Impian Aku - Pemuda Confess Kisah Pahit Zaman Sekolah

Video: Cikgu Perlekeh Impian Aku – Pemuda Confess Kisah Pahit Zaman Sekolah

“Sepatutnya guru perlulah memberi motivasi dan bukannya memberikan kata-kata sebegitu kepada murid.”
Melalui kisah Fadzreen itu, beliau menceritakan bahawa gurunya memperlekehkan cita-citanya untuk menjadi juruterbang. Hanya kerana beliau tidak dapat menjawab soalan yang diberi oleh gurunya itu, beliau dimalukan oleh gurunya di hadapan kawan-kawannya yang lain.

Beliau mempersoalkan mengapakah seorang guru itu perlu melakukan sedemikian kepada anak muridnya. “Aku darjah lima masa tu, aku mana ada fikir apa-apa lagi. Sebagai seorang guru yang berwibawa sepatutnya dia nasihat aku bukan gelakkan aku”, luah Fadzreen lagi.

Walaupun Fadzreen tidak menjadi juruterbang seperti yang diidamkan oleh beliau semasa kecil, namun kini Fadzreen telah berjaya dan merupakan seorang pemain gitar di China!

 

Menurut rakan-rakan beliau, Fadzreen merupakan seorang pemain gitar yang amat bagus dan juga telah banyak menyertai pertandingan dan juga orkestra opera yang terbesar di Asia. Fadzreen kini merupakan pemain gitar dalam sebuah kumpulan band yang bernama Astin.

 

Berikutan daripada video ini, ramai juga pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman pahit mereka lalui sewaktu di sekolah dulu.

 

Ini videonya. Semangat betul Fadzreen bercerita:

 

 

 

Semasa artikel ditulis, video ini telah mengumpul sebanyak 25 ribu retweets dan 13 ribu likes.

 

Sumber: Says

 

 

Loading...

Leave a Reply