Kes bunuh Kim Jong-Nam: Korea Utara keluarkan kenyataan utama, salahkan Malaysia

Korea Utara menuduh Malaysia sebagai tidak mesra dan berada dalam senario yang didalangi Korea Selatan apabila mendakwa agen Pyongyang telah membunuh abang tiri pemimpin tertinggi negara berkenaan.

Kes bunuh Kim Jong-Nam: Korea Utara keluarkan kenyataan utama, salahkan Malaysia

Kes bunuh Kim Jong-Nam: Korea Utara keluarkan kenyataan utama, salahkan Malaysia

Menurut Agensi berita Pyongyang, KCNA, Korea Utara pada mulanya diberitahu bahawa terdapat seorang pemegang pasport diplomatik negara berkenaan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Februari lalu di klia2.

KCNA, memetik jurucakap jawatankuasa negeri, berkata, Malaysia telah mengubah laporan dan merumitkan keadaan selepas Korea Selatan mendakwa lelaki itu sebagai Kim Jong-Nam telah diracun sehingga mati.

“Tindakan tidak adil pihak Malaysia berlaku ketika kerajaan Korea Selatan melancarkan konspirasi anti-Pyongyang yang mengundang perhatian serius Korea Utara,” katanya.

 

Bagaimanapun dalam kenyataan rasmi pertama dari Korea Utara itu tidak menyebut bahawa individu yang terbunuh sebagai abang tiri Kim Jong-Un.

Kenyataan berkenaan hanya mendakwa Jong-Nam yang memegang pasport Kim Chol sebagai individu warga negara Korea Utara. – Reuters

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply