30 remaja berbasikal tengah berkumpul sebelah kubur dirempuh kereta, 8 meninggal dan 8 cedera

Lapan remaja lelaki maut manakala 8 lagi cedera termasuk 2 kritikal apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, di sini awal pagi tadi.

basikalmaut1

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 13 dan 17 tahun itu.

“Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” katanya kepada pemberita di luar bilik mayat hospital berkenaan di sini, hari ini.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Leave a Reply