Baju celoreng Hazama dalam Mentor Milenia 2017, Askar buat laporan polis

MESKIPUN penyanyi Hazama sudah membuat permohonan maaf berhubung isu baju celoreng yang dipakainya, namun nampaknya masih ada anggota tentera yang tidak puas hati dengan perkara itu.

Baju celoreng Hazama dalam Mentor Milenia 2017, Askar buat laporan polis

Baju celoreng Hazama dalam Mentor Milenia 2017, Askar buat laporan polis

Mungkin kesal apabila pakaian seragam askar sering dipermainkan, seorang anggota tentera Muhamad Aszuad Haron, 32, telah membuat laporan polis terhadap penyanyi lagu Di Amaran Mama itu di Melaka.

Menurutnya, dia bertindak membuat laporan di balai polis itu ekoran berasa tercabar apabila Hazama melanggar peraturan pemakaian uniform pasukan keselamatan tersebut.

“Saya sebagai anggota tentera berasa tercabar dengan sikap yang ditunjukkan artis tersebut kerana pakaian tentera bukan digunakan untuk berfesyen di khalayak ramai oleh artis atau orang awam.

“Pakaian celoreng tersebut hanya boleh dipakai oleh anggota tentera sahaja. Ia juga bertentangan dengan Seksyen 140 Kanun Keseksaan berkaitan larangan orang awam memakai pakaian tentera.

“Laporan ini dibuat untuk menjaga maruah Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya serta dirujuk kepada Panglima Tentera Darat bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi pada masa akan datang,” ujarnya seperti dipetik dalam laporan polis tersebut.

Muhamad Aszuad membuat laporan itu pada Isnin lalu, di Balai Polis Tengkera, Melaka.

Sementara itu, Hazama yang ditanya mengenai hal itu, mengakui sudah mengetahui mengenai laporan polis itu.

“Saya tahu ada laporan polis dibuat tentang hal itu, tapi setakat ini saya belum dihubungi oleh pihak polis berkaitan isu berkenaan.

“Sejujurnya saya rasa bangga dan menyanjungi pihak ATM dan tidak pernah berniat buruk ketika memakai pakaian tersebut.

“Saya belajar tentang perkara ini dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.

Jelas Hazama, dia tidak mengetahui larangan pemakaian itu sehinggalah menjadi tular menerusi laman sosial.

Kontroversi ini timbul apabila Hazama dilihat mengenakan baju bercorak celoreng di konsert pengenalan Mentor Milenia 2017, Ahad lalu, hingga menarik tumpuan satu laman Facebook, Sokong Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak mempersoal dan mengkritik tindakan penyanyi itu.

Dalam status itu menyatakan orang awam tidak boleh sewenang-sewengnya memakai pakaian tentera.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply