8 Makanan dan minuman yang perlu dielak pada malam pertama

Usai majlis pernikahan acara yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baru tentulah malam pertama. Pelbagai perasaan bercampur aduk. Berdebar-debar, cemas atau mungkin takut jika gagal dalam melalui pelayaran pertama.

8 Makanan dan minuman yang perlu dielak pada malam pertama

8 Makanan dan minuman yang perlu dielak pada malam pertama

Salah satu kunci utama untuk mendapat malam pertama yang sukses ialah berusaha untuk berada dalam situasi bersedia dan setenang yang mungkin. Salah satu daripada  usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjaga pola pemakanan. Ada jenis makanan dan minuman tertentu yang sebaiknya tidak diambil. Ayuh semak makanan dan minuman yang perlu dielak menjelang malam pertama.

KOPI

Terlalu banyak kafein dalam tubuh boleh meningkatkan kadar kortisol (hormon stres). Keadaan ini akan menyebabkan tubuh sukar untuk rileks dan akhirnya menyebabkan terjadinya masalah nafsu seks yang menurun. Sebaiknya minumlah minuman yang boleh menenangkan jiwa dan tubuh seperti segelas susu suam atau pun minuman koko panas.

MAKANAN MASIN

Kentang goreng, keropok kentang, aneka kerepek dan berbagai makanan yang banyak garam sebaiknya tidak diambil menjelang malam pertama. Ia boleh menyebabkan tubuh kekurangan air sehingga boleh menyebabkan tubuh kekurangan tenaga serta boleh menganggu kelancaran peredaran darah. Keadaan ini juga akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencapai orgasme. Bagi mendapatkan orgasme yang sempurna, aliran darah harus lancar.

BUAH-BUAHAN

Sebaik-baiknya elakkan pengambilan buah-buahan sebelum berhubungan intim khususnya buah-buahan yang terlalu cepat dicerna seperti jambu batu dan air kelapa. Ia boleh menyebabkan gejala perut kembung. Pastinya anda akan berasa tidak selesa jika perut mengalami masalah saat bercinta.

SAYUR-SAYURAN

Selain itu hindari pengambilan sayur-sayuran seperti brokoli dan kubis bunga serta sayuran yang menghasilkan metana bagi mengelakkan masalah perut tidak selesa. Elakkan makan sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan timun kerana sayur-sayuran ini bersifar ‘sejuk.’ Tidak baik untuk alat kelamin.

ULAM-ULAMAN YANG MENDATANGKAN BAU MULUT

Elakkan makan ulam-ulaman yang akan menyebabkan bau mulut seperti petai, jering dan sebagainya terutama dua atau tiga hari menjelang hari bahagia. Bayangkan jika malam sebelum akad nikah, anda makan petai atau jering bukannya bau boleh hilang serta-merta.

GULA-GULA GETAH BERPERISA PUDINA

Mengunyah gula-gula getah berperisa pudina boleh menurunkan ghairah. Hal ini kerana ketika mengunyah, kita berisiko menelan lebih banyak udara. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan perut mudah menjadi kembung.

MINUMAN BERSODA

Elakkan minuman bersoda atau jenis minuman isotonik menjelang malam pertama. Ia akan menyebabkan anda kerap sendawa. Sebaik-baiknya banyakkan minum air kosong bagi memastikan tubuh kekal cergas dan bertenaga.

KACANG SOYA

Dipercayai bahawa kacang soya boleh meningkatkan kadar testosteron. Semakin tinggi kadar testosteron, semakin tinggi ghairah seks (baik lelaki mahupun wanita). Namun jika makan terlalu banyak makan kacang soya boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Jika boleh, kurangkan makan makanan yang berasaskan soya kerana ia  tidak elok untuk kesihatan alat kelamin.

Sumber: Pesona Pengantin

 

 

Loading...

Leave a Reply