Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Seramai 15 kumpulan pelawak dan tiga pelawak solo bakal berentap di pentas Maharaja Lawak Mega 2017 yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.

Ketua Saluran Melayu Astro, Rakim Ahmad berkata, seramai lapan peserta daripada program Lawak Solo musim pertama akan beraksi secara solo dan digabungkan dalam kumpulan.

“Kami pasti penonton berasa teruja untuk menyaksikan barisan peserta yang berentap kali ini.

“Kita bukan sahaja dapat melihat juara MLM 2014 iaitu Zero dan Juara MLM 2016 iaitu Bocey yang akan berentap, malah muka-muka baru daripada progran Lawak Solo.

“Selain itu, beberapa peserta daripada negara seberang Indonesia iaitu kumpulan Abioso dan peserta solo Dzawin bakal menunjukkan bakat mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Achey turut berentap pada MLM 2017.

Raqim ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan di sini, Rabu.

MLM 2017 bakal disertai oleh 15 kumpulan lawak termasuk Zero yang dianggotai oleh Atu, Sharif & Syaiful, Shiro (Ajak & Shahrul), Bocey (Abam, Fad & Achey), Joras (Rahim, Joey, Syuk) dan Mamu (Ajo & Babu).

Selain itu, kumpulan Xoxo yang dianggotai oleh Nice (Achong, Ropie & Tauke), Pistol (Raja Azri & AG Hafiz), Puteh (Mamak & Ali), Hobit ( Amir, Bocil, & Dinn) DAN Masin (Vicha, Mamat, & Jiggy).

Turut menyertai program ini ialah kumpulan pelawak dari Indonesia Abioso yang dianggotai oleh Amin, Sarip & Mamat.

Manakala, tiga pelawak solo yang akan beraksi ialah Danial, Mat Sabah dan Dzawin.

Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

Hadiah juara RM500,000, ini senarai peserta Maharaja Lawak Mega 2017

 

Kesemua peserta bakal berentap bermula 17 Februari ini.

Tambah Raqim, MLM masih mengekalkan format yang sama seperti musim sebelum ini iaitu 70 peratus penghakiman daripada juri tetap dan 30 peratus oleh penonton.

Pemenang bagi program ini bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi manakala naib juara sebanyak RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM150,000 sementara RM50,000 dan RM25,000 bagi tempat keempat dan kelima RM15,000.

Program ini bakal bersiaran secara langsung di Royal Teater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Saluran Astro Warna dan Mustika HD.

Sumber: Mstar

Loading...

Latest Comments

  1. nonna May 6, 2017

Leave a Reply