Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa – Penyelidik

Penggunaan e-rokok didapati lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa, menurut laporan penyelidikan tahap bahan berbahaya dan toksik di dalam badan.

Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa - Penyelidik

Penggunaan E-rokok lebih selamat dan kurang toksik berbanding rokok tembakau biasa – Penyelidik

Penyelidik mendapati pengguna yang berubah daripada rokok biasa kepada e-rokok atau terapi pengganti nikotin (NRT) seperti gula-gula getah atau tampalan nikotina selama sekurang-kurangnya enam bulam mempunyai tahap toksin lebih rendah dalam air liur dan air kencing berbanding mereka yang terus merokok.

“Kajian kami menambahkan bukti bahawa e-rokok dan NRT lebih selamat daripada rokok biasa dan mencadangkan risikonya rendah dalam penggunaan jangka masa panjang,” kata ketua penyelidik merangkap pakar epidemiologi dan kesihatan awam di University College London, Lion Shahab.

 

Kajian yang diumumkan pada Isnin diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine dan menganalisis sampel air liur dan air kencing daripada pengguna jangka panjang e-rokok dan NRT serta perokok tembakau dan membandingkan tahap kimia utama di dalam badan mereka.

Ia mendapati bahawa perokok yang beralih sepenuhnya kepada e-rokok atau NRT mempunyai tahap bahan kimia toksik dan karsinogen jauh lebih rendah berbanding orang yang terus menghisap rokok tembakau.

Manakala, mereka yang menggunakan e-rokok atau NRT tetapi tidak berhenti merokok tidak menunjukkan penurunan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa pengalihan sepenuhnya diperlukan bagi memperoleh manfaat kesihatan jangka panjang daripada berhenti merokok tembakau, kata penyelidik.

Sementara itu, Pengarah Kebangsaan Kesihatan dan Kesejahteraan England, Kevin Fenton berkata, penemuan ini membawa mesej jelas untuk perokok tembakau.

“Penukaran kepada e-rokok nyata sekali boleh mengurangkan kemudaratan kepada perokok dengan pengurangan pendedahan kepada karsinogen dan toksin.

“Hasil kajian juga menjelaskan bahawa manfaat itu hanya didapati jika orang berhenti merokok dan bertukar sepenuhnya.

“Perkara terbaik boleh dilakukan perokok sekarang untuk diri mereka sendiri dan orang di sekeliling mereka adalah berhenti merokok sepenuhnya dan selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

E-rokok yang memanaskan cecair bernikotin kepada wap berkembang sehingga pasaran bernilai $8 bilion (RM35.5 bilion) setahun iaitu lebih tiga kali ganda produk NRT, menurut Euromonitor International.

Bagaimanapun, ia masih jauh lebih kecil berbanding pasaran rokok yang dianggar Euromonitor bernilai kira-kira $700 bilion (RM3.1 trilion).

Ramai pakar kesihatan berpendapat e-rokok atau ‘vape’ yang tidak mengandungi tembakau adalah alternatif berisiko rendah kepada merokok.

Namun, ada yang menyoalkan keselamatan jangka panjang dan risau ia akan menjadi ‘permulaan’ untuk menghisap rokok.

Disember lalu, Ketua kesihatan awam Amerika Syarikat menggesa penggubal undang-undang untuk mengenakan harga dan cukai bagi mencegah penggunaannya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply