Isyraf Danish, pelumba F4 Malaysia yang menjadi kegilaan gadis-gadis di Indonesia

PELUMBA negara, Isyraf Danish Mohd Ghazali,16, kini menjadi kegilaan gadis-gadis Indonesia.

Pelumba Malaysia yang sedang meningkat naik ini mula meniti populariti di negara jiran itu apabila memenangi kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) di Sentul, Indonesia, Jakarta tahun lalu.

Isyraf Danish, pelumba F4 Malaysia yang menjadi kegilaan gadis-gadis di Indonesia

Isyraf Danish, pelumba F4 Malaysia yang menjadi kegilaan gadis-gadis di Indonesia

Menerusi laman Instagram faktanya Google, nama Isyraf Danish mula menjadi sebutan.

Faktanyagoogle merupakan Instagram di Indonesia yang menghimpunkan pelbagai kisah menarik yang dipetik daripada Instagram popular dan trending.

Gambar Isyraf Danish yang dikongsi menerima hampir 29,000 likes. Menerusi laman sosial instagram milik anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini pula, dia menerima lebih 900 komen berhubung dirinya yang kian menjadi perhatian.

Tidak menyangka dirinya semakin diminati, Isyraf Danish agak terkejut namun bersyukur.

Dia juga sudah mengumpul hampir 500,000 pengikut di Instagramnya.

Pada perlumbaan FA SEA yang diadakan di Litar Sepang bulan lalu, Isyraf Danish menduduki tempat kedua.

Dengan kemenangan itu, Isyraf Danish turut dianugerahkan sebagai pelumba Malaysia sedang meningkat selepas me­raih podium dalam semua enam perlumbaan pusingan terakhir kejuaraan  F4 SEA.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply