PAS sedia kerjasama dengan DAP dan PKR demi kekal di Selangor

PAS sedia kerjasama dengan barisan pembangkang bagi memastikan kerajaan Selangor sekarang kekal dalam pilihan raya akan datang, kata Datuk Dr Yunus Hairi.

Calon PAS Dr Adul Rani Osman (dua, kiri) tewas kepada calon BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar pada Jun 2016 akibat persaingan tiga penjuru dengan calon Parti Amanah Negara. ― Foto oleh Choo Choy May

“Bagi mengekalkan PAS dalam sistem pentadbiran di Selangor dan beberapa negeri lain, PAS akan terlibat sama dengan penubuhan blok pembangkang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional,” kata timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

Dr Yunus, exco hal-ehwal Islam Selangor, bagaimanapun mengakui sukar bagi PAS mengekalkan kedudukannya di negeri itu, lapor Sinar Harian.

“Melihatkan senario politik di Selangor sekarang, ia berada dalam keadaan tidak menentu, saya akui agak sukar untuk PAS mengekalkan kedudukannya di negeri ini,” katanya.

Wakil rakyat Sijangkang menegaskan partinya masih berpegang pada strategi “satu lawan satu” untuk mengelakkan risiko kekalahan seperti pilihan raya kecil dua parlimen, Jun lalu.

“Sejarah kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuktikan bahawa pertembungan lebih dua penjuru tidak menguntungkan,” tambahnya.

Sementara itu, dalam rangka kerjasama tersebut, akhbar sama melaporkan perbincangan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka diadakan esok.

 

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply