Padah panjat pagar elak bayar tiket zoo, lelaki ini maut diserang harimau

Satu insiden ngeri seorang lelaki dibaham oleh harimau di sebuah zoo di China menjadi viral di media sosial selepas video tragedi itu dimuat naik di media sosial.

Kejadian tersebut berlaku di Dongqian Lake di wilayah Zhejiang dan mangsa yang dikenali dengan nama Zhang dikatakan telah memanjat satu pagar bersama seorang rakan untuk masuk secara percuma ke zoo terbabit.

Padah panjat pagar elak bayar tiket zoo, lelaki ini maut diserang harimau

Padah panjat pagar elak bayar tiket zoo, lelaki ini maut diserang harimau

Menurut satu kenyataan dari pihak berkuasa, bagaimanapun, isteri Zhang dan dua anaknya berserta isteri rakannya itu membeli tiket untuk masuk ke zoo terbabit.

Zhang dikatakan telah memanjat satu pagar setinggi tiga meter untuk masuk sebelum mendarat ke dalam kandang harimau tersebut.

Selepas jatuh, Zhang diserang oleh harimau di dalam kandang tersebut dalam insiden yang berlaku hampir satu jam itu. Bagaimanapun, rakan mangsa bernasib baik kerana tidak mengikut jejakya dan hanya berpaut pada pagar itu.

Televisyen tempatan melaporkan salah seekor harimau telah ditembak mati oleh polis dan tiga lagi harimau berdekatan dihalau menggunakan bunga api.

Zhang kemudian dikejarkan ke hospital bagaimanapun meninggal dunia di hospital tersebut.

Sumber: Standard.co.uk

Loading...

Leave a Reply