Video terjunan maut dari papan tanda Temerloh

KREATIF… Macam-macam gelagat dapat dilihat apabila tibanya musim banjir. Ada yang mengambil peluang untuk bermain air dan tidak kurang juga ‘mengasah’ bakat berenang.

Video terjunan maut dari papan tanda Temerloh

Video terjunan maut dari papan tanda Temerloh

Menerusi perkongsian Facebook Kuantan, sebuah video berdurasi 7 saat memaparkan seorang remaja lelaki melakukan aksi berbahaya ketika banjir di Temerloh baru-baru ini.

Dalam video tersebut kelihatan seorang remaja lelaki melakukan terjunan maut dari papan tanda TEMERLOH yang terletak di tebing Sungai Pahang.

“Dia bersuka ria pulak masa banjir ni,” tulis kapsyen video tersebut.

Terdapat seorang lagi lelaki berada di bahagian bawah papan tanda dan apabila remaja lelaki itu membuat terjunan, terdengar sorakan daripada individu yang merakam kejadian itu.

Perkongsian video tersebut nyata menimbulkan kemarahan netizen kerana tindakan lelaki itu boleh mengundang maut kerana tidak mengetahui arus sungai yang deras serta keadaan yang sedang banjir kini.

“Anak siapa ler ni…bahaya tu…sungai air deras…hishhhhhh seriau tengok,” tulis Mas Wana.

Ada juga netizen yang bimbang sekiranya remaja lelaki itu lemas dan sukar untuk dicari dalam keadaan banjir kini.

Keadaan banjir di Temerloh semakin membimbangkan apabila air sungai di beberapa kawasan di negeri Pahang telah mula naik.

Beberapa negeri lain turut dinaiki air seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, sekumpulan remaja memanjat papan tanda IPOH menjadi tular dan mereka yang terlibat sudah membuat permohonan maaf susulan tindakan itu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply