Sering kongsi gambar bahagia, tapi nama Hanez Suraya dan suami tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Syariah

DISEBALIK kegembiraan dan kebahagiaan yang dikongsikan menerusi laman sosial oleh pelakon Hanez Suraya, timbul pula cerita yang kurang enak mengenai kisah rumah tangganya dengan suami, Romie Razin.

nama Hanez Suraya dan suami tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Syariah

nama Hanez Suraya dan suami tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Syariah

Menerusi perkongsian gambar di forum CARI, nama pelakon tersebut didakwa tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Nama Hanez Suraya Dan Suami 'Muncul' Di Mahkamah Syariah?

Menurut laman sesawang Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes MAL merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Dalam surat tersebut, nama pasangan yang diijabkabulkan pada Mac 2015 tercatat bersama nama beberapa pasangan lain yang perlu menghadiri mahkamah hari ini pada jam 9 pagi untuk kes MAL.

Jelas sekali nama pasangan tersebut iaitu Hanez Suraya Abdul Aziz dan Romie Razin Adilha Abd Jais tercatat dalam surat berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian gambar surat tersebut jelas memberi kejutan kepada netizen kerana Hanez sebelum ini sering berkongsi gambar kebahagiaan mereka sekeluarga bersama anak, Putri Aleesya selain gambar percutian bersama.

Dakwaan berhubung pergolakan rumah tangga pelakon ini bukan yang pertama kali dilaporkan kerana sebelum ini pada Julai 2015 iaitu selepas empat bulan berkahwin Hanez enggan mengulas dakwaan rumah tangga mereka bermasalah.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply