Terlanggar kereta Mercedes Benz, pemandu lori dibelasah tanpa belas kasihan

Polis memburu empat lelaki dipercayai terbabit memukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada Sabtu lalu.

Pada kejadian sekitar jam 2.15 petang itu, mangsa bersama rakannya yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta Mercedes Benz itu yang dinaiki empat lelaki di kawasan tempat letak kereta, depan lobi utama kondominium berkenaan.

Terlanggar kereta Mercedes Benz, pemandu lori dibelasah tanpa belas kasihan

Terlanggar kereta Mercedes Benz, pemandu lori dibelasah tanpa belas kasihan

Berikutan itu, pemandu lori dan kereta terbabit bertengkar dan kemudian bergelut.

Bagaimanapun, empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan tiba-tiba muncul dan turut membelasah pemandu lori itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

“Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Dalam satu video berdurasi selama 2 minit 49 saat, pemandu lori yang dipercayai memakai baju merah dipukul dan ditendang oleh beberapa lelaki tanpa sebarang belas kasihan.

Video sama dirakam penduduk kondominium itu turut memaparkan seorang lelaki melarikan diri selepas turut serta menendang mangsa.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply