Rain dan Kim Tae Hee sah berkahwin dalam satu majlis tertutup

Pasangan selebriti, Rain dan Kim Tae Hee, dilaporkan sah berkahwin dalam acara tertutup di sebuah gereja di Gahoe-dong, di sini, semalam.

Menurut laporan The Korea Herald, majlis yang dikatakan diadakan secara kecil-kecilan itu berlangsung selama 90 minit dan dihadiri oleh keluarga terdekat selain kenalan rapat pasangan terbabit.

Pihak media turut membanjiri perkarangan gereja berkenaan bagi mengabadikan detik indah pasangan yang menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun itu.

Rain dan Kim Tae Hee sah berkahwin dalam satu majlis tertutup

Rain dan Kim Tae Hee sah berkahwin dalam satu majlis tertutup

Biarpun dikawal ketat, beberapa keping gambar selebriti yang hadir ke majlis itu berjaya dirakamkan.

Berita perkahwinan Rain dan Tae Hee menjadi bualan hangat apabila bintang kacak itu memuat naik gambar memohon restu daripada peminat mereka.

Pengumuman itu membuatkan peminat tidak senang duduk berteka-teki tarikh mengenai sebenar penyatuan hati dua selebriti terbabit.

Rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan buat merpati dua sejoli itu. Pengurusan Rain dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dan gambar perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Sumber: Hanasuva

Loading...

Leave a Reply