“MARA tak pernah taja Kelantan, cuma beli pakej iklan tanpa paksaan bernilai RM300,000” – Annuar Musa

MARA tidak pernah menaja skuad Kelantan termasuk anak syarikatnya tetapi membeli pakej iklan yang ditawarkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membeli pakej iklan tanpa paksaan pada kadar RM300,000 sejak 2013.

"MARA tak pernah taja Kelantan, cuma beli pakej iklan tanpa paksaan bernilai RM300,000" - Annuar Musa

“MARA tak pernah taja Kelantan, cuma beli pakej iklan tanpa paksaan bernilai RM300,000” – Annuar Musa

Katanya, UniKL berbuat demikian bagi tujuan promosi dan buktinya apabila lebih 2,000 anak Kelantan menuntut di institusi pendidikan itu.

“Kita dah letak nilai iklan itu di jersi pemain dan begitu juga di papan iklan yang terpampang di stadium.

“Mereka bersetuju membeli iklan yang kita tawarkan dan istilah penajaan tidak pernah wujud.

“Itu mungkin cara UniKL untuk mempromosikan universiti mereka melalui sukan. Setiap pasukan mempunyai cara tersendiri untuk menyuntik dana atau penajaan.

“Namun, kita akur dengan arahan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mengarahkan penajaan menerusi anak syarikat MARA perlu dihentikan buat sementara waktu.

“Saya akan menghantar semua dokumen berkaitan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk menilai semula,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan kepada 400 pelajar di Majlis ‘Back To School’ anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh (KHADAM), hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung pendedahan pihak tertentu yang mengedarkan salinan surat menyurat, baucar dan dokumen berkaitan perjanjian penajaan antara TRW Sdn Bhd dan penaja.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply