Video kucing cium, urut dan enggan tinggalkan bangkai rakannya biarpun sudah sebulan tidak bernyawa

Satu video menyayat hati yang merakamkan seekor kucing berwarna kuning enggan meninggalkan rakannya yang sudah mati menjadi tular di Korea Selatan selepas ia dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV.

Video kucing cium, urut dan enggan tinggalkan bangkai rakannya biarpun sudah sebulan tidak bernyawa

Video kucing cium, urut dan enggan tinggalkan bangkai rakannya biarpun sudah sebulan tidak bernyawa

Lebih menyedihkan lagi, rakan kepada kucing kuning itu difahamkan sudah mati selama sebulan.

Menurut portal Insight.kr, kucing kuning tersebut sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk di kawasan berhampiran kerana sifatnya yang jinak.

Tapi sejak sebulan yang lalu, si kuning itu mula menunjukkan sesuatu yang pelik kerana enggan keluar dari satu saliran pembentung yang terletak di Geumjeong-gu, Busan dan berkelakuan aneh apabila dipanggil oleh penduduk.

Penduduk dan penyelamat haiwan kemudian masuk ke dalam pembentung tersebut untuk memeriksan keadaan si kuning itu dan terkejut apabila mendapat ada seekor lagi kucing yang sudah menjadi bangkai.

Si kuning itu tidak dapat menerima kematian kucing tersebut yang dipercayai rakannya, dan masih lagi setia menemaninya sejak sebulan yang lalu.

Melihat kepada video, si kuning itu dilihat sentiasa mengiau dan cuba mencium serta mengurut rakannya itu seolah-olah menyuruhnya supaya bangun semula.

Keadaan kucing tersebut menyebabkan penduduk dan penyelamat yang terlibat dalam operasi itu tidak dapat menahan air mata sebak.

Kedua-dua kucing terbabit telah dihantar ke hospital dan si kuning sempat menyampaikan ngiauan terakhirnya kepada rakannya itu.

Sejak dari hari kejadian, si kuning telah dibela oleh salah seorang penduduk di kawasan terbabit.

Sumber: www.insight.co.kr

 

Sumber: SK

Leave a Reply