TMJ ingatkan pemimpin politik jangan ambil kesempatan dengan kemenangan Faiz Subri

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan kepada pemimpin politik supaya tidak mengambil kesempatan ke atas kemenangan Mohd Faiz Subri.

Ujarnya, perkara ini sudah dijangkakannya, terutama mereka yang ingin menaikkan semula nama mereka.

TMJ ingatkan pemimpin politik jangan ambil kesempatan dengan kemenangan Faiz Subri

TMJ ingatkan pemimpin politik jangan ambil kesempatan dengan kemenangan Faiz Subri

“Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum,” katanya yang lebih mesra disapa Tunku Ismail menerusi catatan terbaharu di laman  Facebook Johor Southern Tiger.

Mohd Faiz 10 Januari lalu berjaya meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016 yang di adakan di Zurich, Switzerland.

Beliau berjaya mengalahkan dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Sumber: Sinar

Loading...

Leave a Reply