Terkejut jumpa lipas dalam air coklat di restoran makanan segera terkenal di Seremban

Berhati-hati apabila minum coklat panas di restoran makanan segera, buka dulu penutup sebelum menikmatinya, pesan pelanggan yang menemui banyak lipas di dalam minumannya.

Kejadian yang berlaku pada waktu makan tengah hari 10 Januari lalu di sebuah restoran di sini dikongsikan Kartini Abu Bakar di laman media sosialnya.

Terkejut jumpa lipas dalam air coklat di restoran makanan segera terkenal di Seremban

Terkejut jumpa lipas dalam air coklat di restoran makanan segera terkenal di Seremban

Menurutnya lagi, beliau terkejut apabila menemui lipas ketika mahu menikmati minuman tersebut di sebuah pasar raya di sini.

Coretannya bersama beberapa keping foto, termasuk minuman yang dicemari lipas, dikongsi lebih 4,500 pengguna Facebook sejak hampir 48 jam lepas.

Susulan kejadian tersebut, restoran jenama terkenal itu diarahkan tutup selama dua minggu mulai hari ini oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, lapor Harian Metro.

Pengarah jabatan negeri berkata siasatan mendapati restoran itu hanya mencapai tahap kebersihan 57.5 peratus.

“Kami mengarahkan premis itu ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, untuk siasatan lanjut,” kata Dr Abdul Rahim Abdullah.

Sumber: Malay Mail

Leave a Reply