“Silap saya” Datin Rebecca Nur Al Islam mohon maaf upload gambar nampak rambut terkeluar

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam memohon maaf kepada pengikutnya di Instagram selepas dikritik apabila memuat naik gambar yang menampakkan sebahagian rambutnya ketika bercuti ke Jepun, baru-baru ini.

"Silap saya" Datin Rebecca Nur Al Islam mohon maaf upload gambar nampak rambut terkeluar

“Silap saya” Datin Rebecca Nur Al Islam mohon maaf upload gambar nampak rambut terkeluar

Penampilan Rebecca, 32, itu menjadi bualan ramai apabila dikatakan bercanggah dengan imejnya bertudung.

 

Rebecca, 32, berkata, dia mengakui itu kesilapannya dan tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kritikan.

“Saya memohon maaf dan mengakui itu kesilapan saya. Sebenarnya, ketika itu saya memakai anak tudung dan menutup kepala saya dengan hud baju sejuk yang saya pakai.

“Namun, disebabkan angin terlalu kuat, rambut saya terkeluar dari anak tudung. Sebelum ini, saya tak pernah pakai anak tudung tetapi disebabkan mahu cepat dan selesa, saya pakai juga,” katanya.

Menurutnya, sebagai manusia biasa, dia turut melakukan kesilapan dan tidak sempurna.

“Saya akui masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri. Saya cuba jadi diri sendiri dan pada masa sama berubah ke arah kebaikan.

“Saya yakin setiap manusia ingin berubah ke arah yang lebih baik, tetapi ia perlukan masa dan secara perlahan-lahan,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply