Sambut Hari Lahir di Paris, Suami Buat Anzalna Nasir Menangis Terharu

Sambut Hari Lahir di Paris, Suami Buat Anzalna Nasir Menangis Terharu

Pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir menyambut hari kelahirannya yang ke-29 di kota Paris bersama suami tercinta, Hanif Zaki.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkongsi momen indah sambutan hari lahir menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya, @anzalnanasir88.

Its 12am in Paris and it’s my birthday! Dreams do come true. Celebrating my birthday at one of the greatest city in the world Paris, France. @hanif_zaki you made me cry. Tears of happiness. Alhamdulillah. #9thJan,” tulis Anzalna.

Peminat juga mengambil peluang untuk sama-sama memberikan ucapan hari lahir kepada Anzalna di ruangan komen.

Selain itu, ruangan komen Instagram Anzalna juga turut dihujani dengan komen peminat yang mendoakan perkahwinan Anzalna bersama suami kekal hingga ke akhir hayat.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun lalu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dengan mas kahwin sebanyak RM1,000. Mereka dinikahkan oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Loading...

Leave a Reply