Balas dendam kena cabul, geng wanita belasah, samun lelaki

Sekumpulan enam wanita “bertindak ganas” dengan menyamun seorang lelaki dan memaksanya bergambar di katil gara-gara membalas dendam terhadap satu kes cabul.

Mereka yang berusia 16 hingga 36 tahun, termasuk seorang sarat hamil, membelasah dengan kayu lelaki terbabit di sebuah kedai makan di sebuah pangsapuri di sini, lapor Harian Metro.

Balas dendam kena cabul, geng wanita belasah, samun lelaki

Balas dendam kena cabul, geng wanita belasah, samun lelaki

Mereka menyelongkar barangan di kedai itu dan melarikan tunai RM600 sebelum memaksa pekerja lelaki itu bergambar di atas katil di rumah mangsa dengan seorang daripada mereka.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di Setapak, enam wanita itu turut menggeledah rumah itu dan menyamun sebelum pulang ke rumah mereka di tingkat sama.

Akhbar itu melaporkan kumpulan suspek mendakwa tindakan sedemikian diambil kerana lelaki terbabit, seorang warga asing, mencabul anak seorang daripada mereka.

Polis menahan lima wanita terbabit untuk siasatan namun membebaskan suspek yang hamil atas jaminan polis, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa.

Pihak berwajib juga sedang menyiasat dakwaan lelaki terbabit pernah terlibat dalam kes cabul. 

Sumber: Malay Mail

Loading...

Leave a Reply