Video pencabul kanak-kanak lunyai teruk dibelasah orang ramai di Melaka

RAKAMAN video seorang pencabul yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai di sebuah kawasan perumahan di Krubong, Melaka, tersebar sejak semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 itu, suspek yang dianggarkan berusia 20-an itu ‘lunyai teruk’ akibat tidak mampu mempertahankan diri setelah dibelasah penduduk setempat.

Video pencabul kanak-kanak lunyai teruk dibelasah orang ramai di Melaka

Video pencabul kanak-kanak lunyai teruk dibelasah orang ramai di Melaka

Kejadian difahamkan berpunca apabila suspek yang berbangsa India itu membawa seorang kanak-kanak perempuan ke sebuah kedai berhampiran dan mencabul kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ahli keluarganya tentang prilaku lelaki tersebut yang juga difahamkan merupakan saudara mereka.

Keluarga mangsa kemudian bertemu dengan lelaki terbabit sebelum membelasahnya yang mana turut disertai penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Loading...

Leave a Reply