Azmin letak jawatan, Jamal tawar diri jadi Presiden FAS

PENGERUSI Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan diri untuk menduduki kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Jamal berkata, ini ekoran daripada tindakan presiden lamanya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang meletakkan jawatan sebagai Presiden FAS semalam.

Azmin letak jawatan, Jamal tawar diri jadi Presiden FAS

Azmin letak jawatan, Jamal tawar diri jadi Presiden FAS

“Setelah MB Selangor Azmin Ali meletak jawatan Sebagai Presiden FAS. Hari ini 31/ 12/16,saya Jamal Md Yunos menawarkan diri saya sebagai penganti beliau,” katanya dalam satu kenyataan medianya lewat malam semalam.

Baca artikel sebelum: Azmin Ali letak jawatan serta merta

Ujarnya, tawaran itu tertakluk kepada kekosongan yang masih belum diisi oleh mana-mana calon lagi.

“Jika tidak ada calon lain lagi setakat ini,” katanya lagi.

Semalam Azmin, memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAS yang disandangnya sejak Disember 2014.

Dalam satu kenyataan bersama-sama bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari, beliau mendakwa bahawa exco FAS sedia ada masih mengekalkan sikap dan budaya lama iaitu ‘politik berlebih-lebihan, melakukan kerja dengan cara lama dan amat bergantung kepada mentaliti subsidi.

“Malah, sehingga kini, barisan Exco FAS gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak negeri Selangor termasuk organisasi pentadbiran  profesional sebagaimana yang disarankan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang (penswastaan sepenuhnya Liga Malaysia) pada 2018, ” katanya.

“Exco FAS terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat negeri Selangor,” jelas Azmin.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada kemajuan sukan bola sepak di negeri berkenaan melalui kaedah baru yang akan diputuskan kelak kerana sukan  itu dapat memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply