Sudah mohon maaf, kes viral mamat middle finger di plaza tol selesai

Sudah mohon maaf, kes viral mamat middle finger di plaza tol selesai | Selepas empat hari kisah lelaki yang menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang pemandu wanita menjadi viral, kini semuanya ditamatkan dalam keadaan baik.

Sudah mohon maaf, kes viral mamat middle finger di plaza tol selesai

Sudah mohon maaf, kes viral mamat middle finger di plaza tol selesai

East Ramadhani Zainudin menerusi akaun Facebooknya memohon maaf secara terbuka kepada pemandu wanita yang mendakwanya telah memotong barisan ketika berada di Tol Lebuhraya Damansara Puchong, Selasa lalu.

Menerusi perkongsian status tersebut, Ramadhani mengakui kesilapannya dan menganggap tindakannya itu tidak beretika.

Kes Mamat Middle Finger Selesai

 

Susulan kejadian tersebut juga, reputasi syarikatnya bekerja terjejas selain reputasinya dan keluarga turut terpalit dengan insiden berkenaan.

“Saya dengan rasa rendah diri dan sepenuh ikhlas dari hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutamanya cik Neysa Anwar.

“Perlakuan saya dan apa yang telah berlaku adalah sama sekali tidak beretika dan telah menimbulkan beberapa masalah besar,” tulisnya.

Dalam status tersebut, dia menjelaskan kenderaan yang digunakan ketika insiden tersebut adalah milik rakannya dan memohon jasa baik semua pihak untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan tersebut.

Kes Mamat Middle Finger Selesai

Perkongsian Ramadhani diterima baik Neysa dan dia bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Ramadhani itu.

“Since east ramadhani zainudin dah mintak maaf secara terbuka kepada saya dan masyarakat awam. Saya mintak jasa baik semua untuk tidak kecam dia lagi. Dan saya sendiri maafkan dia. Saya harap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi di kemudian hari dan menjadi iktibar untuk semua,” tulisnya menerusi Facebook.

Neysa turut berkongsi gambarnya bersama Ramadhani yang menunjukkan tanda mereka sudah bermaaf-maafan susulan insiden yang berlaku sebelum ini.

“Harap maklum bahawa kes antara saya dan encik east ramadhani zainudin telah selesai secara baik. Antara saya dan encik east ramadhani zainudin tiada lagi sebarang masalah. Kami minta jasa baik dari semua pihak agar tidak memperbesarkan lagi hal ini. Kami juga telah bersetuju untuk tidak memberi sebarang komen berkaitan kes ini. Jasa baik anda amatlah dihargai. Terima kasih,” tulisnya.

Selasa lalu, Neysa memuat naik gambar Ramadhani yang didakwanya memotong barisan ketika di plaza tol dan menunjukkan isyarat lucah terhadapnya selepas dia membunyikan hon kepada lelaki tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.

Kejadian tersebut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia dan akhirnya dapat diselesaikan tanpa siasatan polis dilakukan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply