Video comel Siti Nurhaliza tercengang diumum pemenang

Aksi spontan Datuk Siti Nurhaliza tercengang terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang ketika sedang ditemu bual di bilik media mendapat perhatian ramai dan menjadi viral.

Video comel Siti Nurhaliza tercengang diumum pemenang

Video comel Siti Nurhaliza tercengang diumum pemenang

Ramai yang menganggap kejadian itu sebagai cute kerana melihat reaksi Siti tercengang lalu pantas bangun berlari-lari anak dengan kasut tumit tinggi menuju ke atas pentas sambil diiringi oleh krew petugas.

Nampak sungguh Siti tak sempat nak control ayu kerana bergegas mengejar masa untuk  menerima anugerah tersebut.

Nasib baik bilik media tidak berapa jauh dan Siti masih sempat berada di atas pentas tersebut memberikan ucapan.  Walaupun agak mengah sedikit namun Siti tetap tersenyum dan barulah boleh control cun.

Dengan kejadian itu juga, menandakan bahawa Siti tidak tahu bahawa dia akan menang banyak pada malam tersebut.  Tahniah Siti. Jika mahu lihat video tersebut, boleh klik link berikut.

 

Sumber: Media Hiburan

Loading...

Leave a Reply