“Kejadian curi beg di GM Klang, security GM Klang teruk! polis pulak kata, kalau sayang dekat kereta duduk sini tunggu kereta dan terus pergi”

Satu tindakan tidak patut dari security GM Klang, mereka dibayar gaji untuk apa? untuk duduk saja je ke. Beg wanita ini dicuri oleh seorang wanita di dalam surau. Mungkin nak tutup kes, security GM Klang sanggup beritahu wanita ini tidak bawa beg ke surau walhal cctv memaparkan sebaliknya. Ikuti luahan dari wanita ini Arijan Najihah:

Kejadian curi beg di GM Klang

Kejadian curi beg di GM Klang

Pencuri beg di GM KLANG..

I manage to get this picture…gambar rakaman cctv pencuri beg saya….. almost a month happened..kesannya masih terasa… i lost more than thousand… saya redha…Moga Allah menggantikan dengan yang lebih baik…

Cuma apa yang sangat mengecewakan adalah pihak pengurusan dan pihak security GM Klang yang bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab..malah mereka siap bagitau polis pegawai penyiasat yang saya sebenarnya tak bawa beg ke surau… motif mereka? im not so sure, mungkin nak tutup kes…

sehinggalah saya usahakan sendiri minta tengok rakaman cctv dari pemilik kedai yg berdekatan dgn surau…and yes… memang saya bawa beg ke surau.. lepas saya tengok cctv di kedai tu.. saya yakinkan polis yang menyiasat kes saya yg saya memang bawa beg dan sy nampak dlm cctv sapa yg ambil beg sy… Mula2 polis penyiasat tu mcm x percaya.. i asked him to investigate more coz i knew that im right. and finally i manage to get the picture of the lady yang ambil beg saya..

Pihak pengurusan dan pihak security GM Klang memang teruk.. so not professional and not responsible.. masa sy sedar beg saya hilang.. saya lari keluar dari surau… berlari ke kedai yang berdekatan dengan surau kalau2 pencuri tu ada di situ, dan terus berlari ke bilik security untuk buat report.. masa tu saya bagitau security tunjukkan saya mana cctv yang menghala pintu keluar… instead of helping me dia bergaduh dengan saya asked me to get out from the room after i have done writing the report… i told them, kalau you tak nak kejar pencuri tu.. saya sendiri boleh kejar… saya hanya nak tahu mana possible laluan keluar coz i know my bag.. tapi itulah… mereka memang tak hairan.. sebab yang ruginya customer bukan mereka…. they do nothing… sampai malam saya duduk di parking lot… tunggu kereta saya… bimbang kalau2 pencuri tu datang ambil kereta pula, sbb kunci kereta ada kat dalam beg…panas, lapar dan takut… sebab memang dah tak ada orang…. hanya saya, kakak, dan anak saudara yang kecil.. call polis untuk datang.. bila polis datang, boleh polis peronda tu cakap, mana suami? kenapa tak call suami?? hampeh betul… boleh pula polis tu kata, awak nak g buat report dekat balai atau nak tunggu kereta? kalau sayang dekat kereta duduk sini tunggu kereta… aku just like, what??????? dan polis itu berlalu pergi meninggalkan aku , kakak dan anak saudara aku…

p/s: pencuri tu yang pakai tudung bunga2 dan baju belang2..

Loading...

Leave a Reply