Aksi cium anak lelaki di mulut dikecam

TINDAKAN selebriti, Hilary Duff mencium seorang anak lelakinya yang berusia empat tahun dikecam peminatnya di laman foto Instagram.

Aksi cium anak lelaki di mulut dikecam

Aksi cium anak lelaki di mulut dikecam

Sebahagian peminatnya mendakwa tindakan tersebut adalah tidak sesuai kerana umur dan foto tersebut tidak patut dimuat naik.

Dalam foto yang dimuatnaik dua hari lalu, Hilary mencium anaknya, Luca di bahagian bibir ketika bercuti di taman tema Disneyland.

Bagaimanapun, sebahagian lagi peminat Hilary menyokong tindakan tersebut dan mendakwa ‘ianya adalah sangat normal’.

“Saya cium anak perempuan saya yang berumur 12 dan 4 tahun macam tu. Berhenti musnahkan saat indah orang lain,” tempelak peminat Hilary di Instagram.

Sementara itu, Hilary juga memberikan reaksi serupa terhadap pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya tersebut.

“Sila berhenti ikuti (unfollow) Instagram saya,” kata Hilary ringkas.

 

Sumber: Media Hiburan

Loading...

Leave a Reply